Monday, October 31, 2016

10 Persediaan untuk Sambut Anak Pertama


Salam mommies..

Untuk post pertama ni Yani nak share sikit experience Yani semasa melahirkan anak pertama dan anak kedua..

Mommies yang first time nak menyambut anak baru tu mesti tengah blogwalking untuk cari tips-tips persediaan nak sambut anak baru kan..? Ye lah..mana tahu ada lagi persiapan yang tak cukup.. Bila dh bersalin nanti payah pula nak bergerak cari barang baby yang xcukup.. Sebaiknya, persiapan dimulakan semasa kandungan berusia 6 bulan.. Sebab? Time ni badan mommies masih boleh bergerak aktif, dan kandungan sudah mulai stabil.. Lagipun, orang tua-tua pesan baby usia 6 bulan baru boleh start beli barang baby..

Ye.. betul tu.. persiapan lengkap barang keperluan baby dan mummy amat penting sebab selepas melahirkan bayi, masa dan tenaga mommy akan tertumpu nak jaga baby je.. Mana taknya, baby nak menyusu setiap 2 jam. Dalam masa yang sama, mommy kena berpantang dengan cara yang betul supaya cepat kembali segar dan bertenaga selepas bertarung nyawa melahirkan anak tersayang..


Credit : rjetika.blogspot.com



Ok, cut story short, disini Yani listkan 10 persediaan  PALING PENTING yang mommies perlu tahu sebelum menyambut kelahiran bayi..

#1 Barang Baby




Barang baby ni mommies boleh start beli seawal 6 bulan usia kandungan..Ok, yang wajib beli adalah:

  • Baby Diapers for newborn 1 pack
  • Lampin kain 1 pack
  • Baju (7 pasang lengan panjang/seluar panjang, 3 pasang lengan pendek seluar pendek, 3 pasang baju lubang-lubang. Elakkan beli size newborn kalau doctor cakap baby yang akan lahir nanti berat lebih 3.5kg)
  • Minyak Telon/Yu yee
  • Baby Wipes (pack besar untuk pakai di rumah, pack kecil nak bawa ke hospital)
  • Tuala Mandi Baby (Beli lebih sikit sebab baby mudah terkencing lepas mandi sebab sejuk, tak pakai baju..huhu)
  • Stokin/Sarung Tangan Bayi (Beli 7 set pakai tukar-tukar siang dan malam sehingga baby usia 2 bulan shj)
  • Peralatan Mandi- Bedak, losyen, baby oil krim lampin. Beli yang dalam trial pack utk ke hospital. Pilih yg hypoallergenic sebab takut skin baby tak sesuai 
  • Selimut/Bedung yang lebar 
  • Barut 10pcs sbb mudah terkena n@jis/air kencing baby
  • Topi cover ubun-ubun yang masih lembut
  • Changing Mat
  • Bag baby nak ke hospital
  • Sabun Basuh Baju Baby
  • Putik Kapas untuk baby sebab telinga kecik lagi 
  • Pengepit Kuku (Nail Clipper untuk baby. Kuku baby sangat cepat panjang tau..
  • Termometer in case badan baby terasa panas luar biasa
  • Set tilam baby
  • Bakul Baju baby
  • Besen mandi baby


Tu je barang asas YANG PERLU.. selebihnya tu kalau beli juga dikhuatiri tak pakai pun.. jadi elakkan pembaziran..

Untuk tips berikutnya Yani akan share persiapan untuk Ibu pula ye..

1 comment:

  1. Casino de l'Ikonta - Dr.MCD
    Casino de l'Ikonta. Information about Casino 상주 출장마사지 de l'Ikonta. Casinos 경주 출장안마 & Games. Address. 1075 Georges St. Vt., 용인 출장마사지 (1) 서산 출장안마 -, Phone: 부산광역 출장마사지 +1 833-3340

    ReplyDelete